About us - TOUCH ME Travel & Tours Sdn Bhd

Keselesaan Anda, Keutamaan Kami

Selamat Datang ke TOUCH ME Travel & Tours Sdn Bhd

Ditubuhkan pada Januari 2005, Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd sebelum ini dikenali sebagai Touch Me Ads Sdn Bhd, dan telah mendapat lessen daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd juga adalah ahli di dalam Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA MALAYSIA).

Touch Me Travel adalah salah satu daripada pelbagai syarikat di dalam kumpulan syarikat Touch Group Holdings Sdn Bhd. Selain Touch Me Travel, syarikat lain yang terdapat di dalam kumpulan syarikat Touch Group Holdings Sdn Bhd adalah:

  • Touch Mindscape
  • Touch Mobileguards
  • Touch Matrix
  • Touch Menu
  • Shahzan Alam Muda
  • Touch Meccanica
  • Touch Mindscape (Melaka)
  • Touch Millennium
  • Touch Metal
  • Touch Marvel
  • Touch Milk

Antara perkhidmatan yang ditawarkan syarikat ini adalah tempahan hotel, tiket penerbangan, pakej pelancongan dan pengembaraan seluruh dunia. Dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman luas di dalam tiket penerbangan dan urusan di tempat pelancongan. Kami juga antara agensi pelancongan yang mendapat Lesen Khas Umrah (LKU) daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menguruskan pakej Umrah. Selain daripada itu, kami juga telah diberi lesen khas daripada pihak Tabung Haji selama 3 tahun berturut-turut sebagai Pengelola Jemaah Haji dengan nombor lesen, PJH 13/1439H.

Dalam usaha dan komitmen untuk menjadikan agensi pelancongan dan pengembaraan kami ini yang paling dinamik di Malaysia, Touch Me Travel yang berpusat di Kota Damansara dan mempunyai satu cawangan di Kuantan, sedang berusaha untuk membuka beberapa cawangan lagi di serata Malaysia. Sehubungan dengan itu, pelanggan akan mendapat jaminan daripada kamiakan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Dengan bermotokan “Keselesaan Anda, Keutamaan Kami”, Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd sangat komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan agar mereka selesa, tenang dan berpuas hati ketika melancong dan mengembara serta berurusan bersama kami.

Call to us: +603-6150 0404
80+

Pelangan Korporat

30+

Pakej

2000+

Pelangan

10+

Tahun dalam Industri

Pakej Umrah

 

Tempahan Hotel

 

Tempahan Penerbangan

 

Pakej Haji

 

Pakej DIY

 

Urusan VISA

 

Copyrights © 2019 Touch Me Travel And Tours . All Rights Reserved